Friday, December 31, 2010

Majlis penyampaian anugerah Pelajar Cemerlang Dan Sambutan Tahun Baru 2011



Majlis sambutan tahun Baru 2011 dan Anugerah kecemerlangan pelajar bagi krt zon Sejahtera telah disampurnakan oleh En Rozaidi Bin Ikhwan Pen Peg Perpaduan Kanan Daerah Johor Bahru.

Sunday, November 28, 2010

Sukan Perpaduan Sempena Keputeraan Sultan Johor


JPNINJ bersama pejabat Daerah Johor Bahru telah bersama-sama menganjurkan Sukan perpaduan sempena keputeraan Sultan Johor bertempat di Danga Bay pada 28/11/2010 (Ahad)

Tujuan dan perlaksanaan sukan ini dianjurkan adalah bertujuan agar perhubungan masayarakat dapat di eratkan demi menjaga hubungan Baik antara kaum yang berkonsepkan 1 malaysia.

Tuesday, November 23, 2010

Lawatan Pusat Aktiviti KRT Sentosa


En Baharin Bin Idris Pengarah JPNINJ dan En Rozaidi Bin Ikhwan Pen. Peg. Perpaduan Kanan telah melapangkan masa bagi melawat pembinaan bangunan Pusat Aktiviti KRT dan Tadika Perpaduan KRT sentosa Taman Nusa Damai.

Pembinaan bangunan tersebut dijangka siap sepenuhnya pada bulan Mac 2011.

Monday, November 22, 2010

Majlis Berkhatan KRT Zon Sejahtera


22/11/2010 (Ahad) seramai 25 orang kanak-kanak KRT Zon Sejahtera telah berkhatan.
Hadir pada majlis perasmian tersebut Pengarah JPNINJ En Baharin Bin Idris dan En Rozaidi Bin Ikhwan Pen.Peg.Perpaduan Kanan.

Saturday, November 6, 2010

Program Pengucapan Awam & Penyampaian taklimat yang cemerlang Peringkat Daerah Johor Bahru 2010


Program pengucapan awam dan taklimat yang cemerlang Peringkat Daerah Johor Bahru 2010
Anjuran JPNINJ kepada krt-krt yang baru mendapat kelulusan telah di adakan pada 6-7 November 2010 bertempat di Akademi Kemahiran & Latihan Insan (AKLI) Kota Tinggi.
Seramai 40 orang perserta telah hadir didalam program tersebut.

Monday, November 1, 2010

Tabikarama & Mini Konvokesyen kanak-kakan Tabika perpaduan Daerah Johor Bahru



Majlis penyampaian sijil kepada kanak-kanak tabika perpaduan Daerah Johor bahru 2010 telah berlangsung di Bolldrom 23 Hotel New York Johor Bahru pada 30/11/2010 (Sabtu) bermula jam 08:00 Pagi yang telah di sampurnakan perasmianya oleh Y.B. Dato` Seri Utama Sharir Bin Hj Abd Samad Ahli parlimen Johor Bahru, Turut hadir sama Ketua Pengarah JPNINJ En Bahrin dan En Rozaidi Bin Ikhwan Pen Peg Kanan.

Saturday, October 23, 2010

Krusus Pengurusan Rukun Tetangga


24/10/2010 (Ahad) Bertempat di Hotel New York Johor Bahru Kursus Pengurusan Rukun Tetangga & Kebersanan Pengendalian Aktiviti secara berkualiti anjuran JPNINJ dengan kerjasama unit perancang ekonomi Negeri Johor(Program Pembangunan kejiranan Lestari Negeri Johor)
Ceramah Pengurusan Pengendalian Aktiviti Rukun Tetangga Yang berkesan dan Pengurusan Mesyuarat Yang Berkualiti telah disampaikan oleh En Helmi Manakala Ceramah Skim Rondaan Sukarela dalam Pencegahan Jenayah dan Pengurusan Kewangan RT telah disampaikan Olen En Bahrim Bin Othman.
Kursus diadakan kepada KRT-KRT yang baru lulus di tubuhkan dan kawasan HOTSPOT
Majlis Perasmian penutup telah disampurnakan oleh Y.B.Tuan Hj Adam Bin Sumiru Adun Tanjung Puteri.

Sunday, October 10, 2010

Ziarah Bakal Haji


Majlis Ziarah kepada bakal-bakal haji pada tahun ini telah dilaksanakan oleh En Rozaidi Bin Ikhwan Pen.Peg Perpaduan Kanan Jabatan Perpaduan.
Beliau mengucapkan selamat menunaikan Fardu Haji Kepada Ahli-ahli KRT didalam Daerah Johor Bahru Pada Tahun ini Semoga beroleh kesihatan bagi mendapatkan keredaan dari Allah S.W.T
dan diucapkan selamat pergi dan selamat kembali.

Sambutan Hari Raya KRT Zon Pelandok Taman Scientex


09/10/2010 (Sabtu malam Ahad) KRT Zon Pelandok Taman Scientex telah menghanjurkan majlis sambutan Hari Raya.
Majlis dihadiri oleh En Rozaidi bin Ikhwan mewakili Jabatan pada majlis tersebut.

Sambutan Hari Raya KRT Pulasan Taman Kota Masai



09/10/2010 (sabtu malam Ahad) bertempat di Dewan Sek Keb Kota Masai2 telah berlangsung majlis sambutan hari raya bagi KRT Pulasan Taman Kota Masai.
Majlis di hadiri oleh Yb Mulizan Bin Bujang Ketua umno Bahagian Tebrau merangkap Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan Negeri Johor, En Rozaidi Bin Ikhwan Pen.Peg Kanan Jabatan Perpaduan Daerah Johor Bahru, Puan Nurul Selaku Pegawai Penyalaras Zon Tebrau.

Saturday, October 2, 2010

Majlis Perasmian KRT & SRS Jalan Serangkai Kristal Dahlia Taman Bukit Dahlia


Majlis Perasmian KRT & SRS Jalan serangkai kristal Taman Bukit Dahlia telah disampurnakan oleh YB.Dato` Seri Hj Mohamed Khaled Bin Hj Nordin.

Hadir Sama Wakil Rasmi Jabatan Perpaduan Negara dan Integerasi National Johor En Bahrim Bin Othman.

Wednesday, September 1, 2010

Sambutan Ambang Merdeka 53 SRS RPTM

Walaupun didalam suasana bulan ramadan namun semangat kenegaraan perlu di tujukan kepada pelapis-pelapis muda yang akan menjadi teraju negara yang akan datang, oleh yang demikian SRS rumah pangsa taman mawar telah mengambil jalan pendekatan caramana untuk mengadakan majlis sambutan kemerdekaan didalam bulan puasa.
Dilaksanakan didalam suasana yang ringkas tetapi padat pengertianya.
kehadiran pelapis-pelapis muda menampakan pengertian dan kefahaman sebenar apakah erti kemerdekaan pada mereka yang perlu dipelihara sampai bila-bila kedaulatanya.

Terjah Sahur Kawasan Taman Mawar

Terjah sahur anjuran bersama Gerakan Belia 4B Pasir Gudang Bersama SRS Rumah pangsa Taman Mawar, PIBG Sek Keb Pasir Gudang 4 dan polis Pasir Gudang adalah merupakan aktiviti perihatin didalam bulan puasa kepada Ibu Tunggal dan Anak-anak yatim didalam Kawasan Taman Mawar.
Pada program tersebut yang bermula pada pukul 1.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 pagi ini telah memilih 3 buah rumah dari kalangan Ibu tunggal dan anak yatim yang terpilih didalam kawasan taman mawar untuk sahur bersama-sama sambil menyalurkan sedikit sumbangan kepada mereka yang tidak berkempuan agar dapat bersama-sama menyambut hari lebaran didalam suasana gembira.

Sambutan hari kemerdekaan ke 53 tahun

Merdeka! Merdeka! Merdeka! itulah laungan keramat yang ke 53 yang bergema di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.
Pasir Gudang telah menjadi tuan rumah pada kali ini bagi penganjuran hari kemerdekaan untuk peringkat Daerah Johor Bahru.

Tuesday, August 31, 2010

Dodol KRT Jln Pelandok

KRT Jalan Pelanduk telah mengambil jalan pendekatan bagi ahlinya beraktiviti didalam bulan puasa.
Mereka semua telah bersepakat untuk mengacau Dodol pada tahun ini.
Program tradisonal ini telah dilaksanakan pada 31/08/2010 bermula pada jam 4.00 petang dan seslesai pada jam 1.00 pagi.
Program ini merupakan program sepakatan yang perlu dicontohi.

Saturday, August 28, 2010

Majlis sumbangan Hari Raya Krt Zon Pasir Gudang


28/08/2010 (Sabtu) Jam 11:00 Pagi bertempat di bilik gerakan Umno Taman Nusa Damai, KRT Zon Pasir gudang telah menganjurkan Majlis Sumbangan Hari Raya yang telah di sampurnakan oleh Dato` Seri Hj Mohamed Khaled Bin Hj Nordin.Hadir sama Tim Pengarah En Mansor Bin Hasim dan En Rozaidi Bin Hj Ikhwan Pen.Peg Perpaduan Kanan Daerah Johor Bahru.Seramai 60 Orang telah menerima Sumbangan dari Titan Chemical Pasir Gudang.

Tuesday, July 27, 2010

Seminar Memperkasakan SRS



Majlis Seminar memperkasakan Skim Rondaan Sukarela (SRS) selama 1 hari dari jam 08:00 Pagi Hingga 5 Petang anjuran JPNIN,IPD-JBU dan KRT Perwira pada 25/07/2010 (Ahad) Bertempat di Dewan Kuliah SJK(C) Pu Sze Jalan Skudai Batu 10 yang telah disampurnakan perasmian penutupnya oleh Pen.Pengarah JPNIN Negeri Johor En Mansor Bin Hasim.

Pada Majlis tersebut penerangan berkenaan dengan SRS juga telah disampaikan oleh En Bahrin Bin Othman selaku Pegawai Unit Rukun Tetangga Dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (Johor) dan Dari IPD-JBU

Seminar Pemantapan Integriti Rukun Tetangga Daerah Johor Bahru


Majlis Seminar Pemantapan Integriti Rukun Tetangga Daerah Johor Bahru anjuran bersama Warisan Negeri Johor Bersama Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Negeri Johor pada 25/07/2010 (Ahad) bertempat di Hotel M.Suit Johor Bahru