Wednesday, September 1, 2010

Sambutan Ambang Merdeka 53 SRS RPTM

Walaupun didalam suasana bulan ramadan namun semangat kenegaraan perlu di tujukan kepada pelapis-pelapis muda yang akan menjadi teraju negara yang akan datang, oleh yang demikian SRS rumah pangsa taman mawar telah mengambil jalan pendekatan caramana untuk mengadakan majlis sambutan kemerdekaan didalam bulan puasa.
Dilaksanakan didalam suasana yang ringkas tetapi padat pengertianya.
kehadiran pelapis-pelapis muda menampakan pengertian dan kefahaman sebenar apakah erti kemerdekaan pada mereka yang perlu dipelihara sampai bila-bila kedaulatanya.

Terjah Sahur Kawasan Taman Mawar

Terjah sahur anjuran bersama Gerakan Belia 4B Pasir Gudang Bersama SRS Rumah pangsa Taman Mawar, PIBG Sek Keb Pasir Gudang 4 dan polis Pasir Gudang adalah merupakan aktiviti perihatin didalam bulan puasa kepada Ibu Tunggal dan Anak-anak yatim didalam Kawasan Taman Mawar.
Pada program tersebut yang bermula pada pukul 1.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 pagi ini telah memilih 3 buah rumah dari kalangan Ibu tunggal dan anak yatim yang terpilih didalam kawasan taman mawar untuk sahur bersama-sama sambil menyalurkan sedikit sumbangan kepada mereka yang tidak berkempuan agar dapat bersama-sama menyambut hari lebaran didalam suasana gembira.

Sambutan hari kemerdekaan ke 53 tahun

Merdeka! Merdeka! Merdeka! itulah laungan keramat yang ke 53 yang bergema di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.
Pasir Gudang telah menjadi tuan rumah pada kali ini bagi penganjuran hari kemerdekaan untuk peringkat Daerah Johor Bahru.