Friday, December 31, 2010

Majlis penyampaian anugerah Pelajar Cemerlang Dan Sambutan Tahun Baru 2011



Majlis sambutan tahun Baru 2011 dan Anugerah kecemerlangan pelajar bagi krt zon Sejahtera telah disampurnakan oleh En Rozaidi Bin Ikhwan Pen Peg Perpaduan Kanan Daerah Johor Bahru.

Sunday, November 28, 2010

Sukan Perpaduan Sempena Keputeraan Sultan Johor


JPNINJ bersama pejabat Daerah Johor Bahru telah bersama-sama menganjurkan Sukan perpaduan sempena keputeraan Sultan Johor bertempat di Danga Bay pada 28/11/2010 (Ahad)

Tujuan dan perlaksanaan sukan ini dianjurkan adalah bertujuan agar perhubungan masayarakat dapat di eratkan demi menjaga hubungan Baik antara kaum yang berkonsepkan 1 malaysia.

Tuesday, November 23, 2010

Lawatan Pusat Aktiviti KRT Sentosa


En Baharin Bin Idris Pengarah JPNINJ dan En Rozaidi Bin Ikhwan Pen. Peg. Perpaduan Kanan telah melapangkan masa bagi melawat pembinaan bangunan Pusat Aktiviti KRT dan Tadika Perpaduan KRT sentosa Taman Nusa Damai.

Pembinaan bangunan tersebut dijangka siap sepenuhnya pada bulan Mac 2011.

Monday, November 22, 2010

Majlis Berkhatan KRT Zon Sejahtera


22/11/2010 (Ahad) seramai 25 orang kanak-kanak KRT Zon Sejahtera telah berkhatan.
Hadir pada majlis perasmian tersebut Pengarah JPNINJ En Baharin Bin Idris dan En Rozaidi Bin Ikhwan Pen.Peg.Perpaduan Kanan.

Saturday, November 6, 2010

Program Pengucapan Awam & Penyampaian taklimat yang cemerlang Peringkat Daerah Johor Bahru 2010


Program pengucapan awam dan taklimat yang cemerlang Peringkat Daerah Johor Bahru 2010
Anjuran JPNINJ kepada krt-krt yang baru mendapat kelulusan telah di adakan pada 6-7 November 2010 bertempat di Akademi Kemahiran & Latihan Insan (AKLI) Kota Tinggi.
Seramai 40 orang perserta telah hadir didalam program tersebut.

Monday, November 1, 2010

Tabikarama & Mini Konvokesyen kanak-kakan Tabika perpaduan Daerah Johor Bahru



Majlis penyampaian sijil kepada kanak-kanak tabika perpaduan Daerah Johor bahru 2010 telah berlangsung di Bolldrom 23 Hotel New York Johor Bahru pada 30/11/2010 (Sabtu) bermula jam 08:00 Pagi yang telah di sampurnakan perasmianya oleh Y.B. Dato` Seri Utama Sharir Bin Hj Abd Samad Ahli parlimen Johor Bahru, Turut hadir sama Ketua Pengarah JPNINJ En Bahrin dan En Rozaidi Bin Ikhwan Pen Peg Kanan.

Saturday, October 23, 2010

Krusus Pengurusan Rukun Tetangga


24/10/2010 (Ahad) Bertempat di Hotel New York Johor Bahru Kursus Pengurusan Rukun Tetangga & Kebersanan Pengendalian Aktiviti secara berkualiti anjuran JPNINJ dengan kerjasama unit perancang ekonomi Negeri Johor(Program Pembangunan kejiranan Lestari Negeri Johor)
Ceramah Pengurusan Pengendalian Aktiviti Rukun Tetangga Yang berkesan dan Pengurusan Mesyuarat Yang Berkualiti telah disampaikan oleh En Helmi Manakala Ceramah Skim Rondaan Sukarela dalam Pencegahan Jenayah dan Pengurusan Kewangan RT telah disampaikan Olen En Bahrim Bin Othman.
Kursus diadakan kepada KRT-KRT yang baru lulus di tubuhkan dan kawasan HOTSPOT
Majlis Perasmian penutup telah disampurnakan oleh Y.B.Tuan Hj Adam Bin Sumiru Adun Tanjung Puteri.