Wednesday, September 1, 2010

Terjah Sahur Kawasan Taman Mawar

Terjah sahur anjuran bersama Gerakan Belia 4B Pasir Gudang Bersama SRS Rumah pangsa Taman Mawar, PIBG Sek Keb Pasir Gudang 4 dan polis Pasir Gudang adalah merupakan aktiviti perihatin didalam bulan puasa kepada Ibu Tunggal dan Anak-anak yatim didalam Kawasan Taman Mawar.
Pada program tersebut yang bermula pada pukul 1.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 pagi ini telah memilih 3 buah rumah dari kalangan Ibu tunggal dan anak yatim yang terpilih didalam kawasan taman mawar untuk sahur bersama-sama sambil menyalurkan sedikit sumbangan kepada mereka yang tidak berkempuan agar dapat bersama-sama menyambut hari lebaran didalam suasana gembira.

No comments:

Post a Comment