Friday, December 31, 2010
Majlis penyampaian anugerah Pelajar Cemerlang Dan Sambutan Tahun Baru 2011
Sunday, November 28, 2010
Sukan Perpaduan Sempena Keputeraan Sultan Johor
Tuesday, November 23, 2010
Lawatan Pusat Aktiviti KRT Sentosa
Monday, November 22, 2010
Majlis Berkhatan KRT Zon Sejahtera
Saturday, November 6, 2010
Program Pengucapan Awam & Penyampaian taklimat yang cemerlang Peringkat Daerah Johor Bahru 2010
Monday, November 1, 2010
Tabikarama & Mini Konvokesyen kanak-kakan Tabika perpaduan Daerah Johor Bahru
Saturday, October 23, 2010
Krusus Pengurusan Rukun Tetangga
Sunday, October 10, 2010
Ziarah Bakal Haji
Sambutan Hari Raya KRT Zon Pelandok Taman Scientex
Sambutan Hari Raya KRT Pulasan Taman Kota Masai
Saturday, October 2, 2010
Majlis Perasmian KRT & SRS Jalan Serangkai Kristal Dahlia Taman Bukit Dahlia
Wednesday, September 1, 2010
Sambutan Ambang Merdeka 53 SRS RPTM
Terjah Sahur Kawasan Taman Mawar
Sambutan hari kemerdekaan ke 53 tahun
Tuesday, August 31, 2010
Dodol KRT Jln Pelandok
Saturday, August 28, 2010
Majlis sumbangan Hari Raya Krt Zon Pasir Gudang
Sunday, August 1, 2010
Tuesday, July 27, 2010
Seminar Memperkasakan SRS
Seminar Pemantapan Integriti Rukun Tetangga Daerah Johor Bahru
Friday, July 16, 2010
Karnival Perpaduan 1 Malaysia Peringkat Negeri Johor 2010 dari 15/07/2010 hingga 18/07/2010
Karnival perpaduan 1 malaysia peringkat Negeri Johor anjuran kerajaan Negeri Johor Bersama Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi National Negeri Johor telah dirasmikan oleh Y.A.B. Dato Hj Abdul Ghani Bin Othman menteri Besar Johor pada 15/07/2010 Jam 08:00 Malam bertempat didataran Bandaraya johor Bahru.
Turut Hadir Y.B, Senator Tan Sri Dr. koh Tsu koon menteri di jabatan perdana menteri, Y.B. En Asojan A/L Muniyandi Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains Teknologi dan Inovasi Negeri Johor dan YBHG Dato` Azman Amin Bin Hassan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integerasi National.
Persembahan Koir lagu Patriotik dari kumpulan Koir,Persembahan Nazam Oleh Dr Lim Swee Tin dan Ceramah Perpaduan oleh Ustaz Dzulkarnain Hamzah Al-Hafiz.
Monday, March 29, 2010
Thursday, March 4, 2010
Futsal Tertutup KRT Zon Pasir Gudang
Majlis Perpaduan 1 Malaysia Anjuran KRT Ketapang
Wednesday, February 10, 2010
Gong Xi Fa Cai
Monday, February 8, 2010
Balai Polis Cemerlang
Sunday, January 24, 2010
Rakyat Negeri Johor telah Kehilangan Sebutir Permata atas kemangkatan Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail sultan yang berjiwa rakyat
JOHOR BAHRU 22/01/2010 Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77 tahun yang memerintah Johor hampir tiga dekad telah mangkat pada jam 7.15 malam selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri di sini kerana gering.
Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di Pejabat Kerajaan Negeri, Bukit Timbalan, kira-kira jam 11.30 malam.
Baginda yang meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 putera dan puteri, akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, kira-kira jam 2 petang ini.Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada jam 11.30 pagi Jumaat, 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984, baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.
Terdahulu, di Istana Besar di sini, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad, mengumumkan pelantikan Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail sebagai Pemangku Raja.
Pelantikan itu dibuat mengikut Fasal 9(1)(b) dan 9(2) Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895.
Menteri Besar Dato Abdul Ghani pada sidang akhbarnya, berkata pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor pada jam 1.30 tengah hari di Istana Besar sebelum upacara pemakaman Jenazah Almarhum Sultan Iskandar.
Beliau turut mengumumkan hari ini cuti umum untuk seluruh negeri Johor dan semua majlis rasmi termasuk hiburan serta keramaian dibatalkan, manakala tempoh berkabung ialah selama tujuh hari dengan semua bendera negeri dikibarkan separuh tiang bermula jam 6 pagi hingga 6 petang.
Semua masjid dan surau dikehendaki mengadakan majlis tahlil selama tujuh hari selepas istiadat pemakaman jenazah."Tempoh berkabung bagi kerabat Diraja ialah 40 hari manakala rakyat biasa selama tujuh hari," katanya.
Peraturan berkabung bagi lelaki Melayu ialah bersongkok lilit putih dua inci manakala bagi bangsa lain ialah kain hitam lebar tiga inci di lengan kiri."Bagi upacara pemakaman, lelaki Melayu berbaju Melayu teluk belanga serba hitam dan lilitan kain putih di songkok hitam dan bagi lelaki bukan Melayu, sut hitam bertali leher dan kain hitam tiga inci di lengan kiri," katanya.Mudah-mudahan rohnya ditempatkan orang-orang yang beriman AL - FATIHAH