Thursday, March 4, 2010

Futsal Tertutup KRT Zon Pasir Gudang





































28/02/2010 (ahad) Futsal tertutup zon pasir Gudang Anjuran KRT 234 kerjasama Jabatan perpaduan Daerah Johor Bahru telah dirasmikan oleh Y.B MM Samy Adun Permas.

Turut Hadir Pegawai Perpaduan Daerah Johor Bahru Cik Syahilawani Bt Noordin.

Seramai 12 Pasukan telah mengambil Bahagian.

Didalam masa yang sama juga Pondok SRS turut dirasmikan oleh Y.B MM Samy.

Majlis Perpaduan 1 Malaysia Anjuran KRT Ketapang

























Pada 27/02/2010 (Sabtu Malam Minggu) Majlis perpaduan 1 malaysia anjuran KRT Rumah Pangsa Ketapang dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Daerah Johor Bahru.
Majlis Telah dirasmikan oleh Dato Seri Hj Mohamed Khaled Bin Hj Nordin Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang merangkap Menteri pengajian Tinggi Malaysia.
Turut Hadir Pegawai Perpaduan Daerah Johor Bahru Cik Syahilawani Bt Noordin.





Wednesday, February 10, 2010

Gong Xi Fa Cai














JABATAN PERPADUAN NEGARA INTEGRASI NASIONAL DAERAH JOHOR BAHRU MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA KEPADA MASYARAKAT TIONGHUA KHASNYA DIDALAM DAERAH JOHOR BAHRU DAN DIDALAM NEGERI JOHOR AMNYA.

GONG XI FA CAI

Monday, February 8, 2010

Balai Polis Cemerlang



























































































07/02/2010 Jam 10.00 Pagi bertempat di Balai Polis Yong Peng Majlis Anugerah Balai polis Cemerlang telah berlangsung.
didalam katogari kawasn bandar Balai Polis Yong Peng telah terpilih manakala didalam katogari Kampung pula telah disandang oleh Balai polis Teluk sengat.
Ketua Pengarah JPNIN Negeri Johor En Bahrin Bin Idris dan En Rozaidi Bin Ikhwan Pen.Pegawai Perpaduan Kanak telah hadir didalam majlis tersebut.

Sunday, January 24, 2010

Rakyat Negeri Johor telah Kehilangan Sebutir Permata atas kemangkatan Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail sultan yang berjiwa rakyat




















JOHOR BAHRU 22/01/2010 Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77 tahun yang memerintah Johor hampir tiga dekad telah mangkat pada jam 7.15 malam selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri di sini kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di Pejabat Kerajaan Negeri, Bukit Timbalan, kira-kira jam 11.30 malam.

Baginda yang meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 putera dan puteri, akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, kira-kira jam 2 petang ini.Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada jam 11.30 pagi Jumaat, 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984, baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Terdahulu, di Istana Besar di sini, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad, mengumumkan pelantikan Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail sebagai Pemangku Raja.

Pelantikan itu dibuat mengikut Fasal 9(1)(b) dan 9(2) Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895.

Menteri Besar Dato Abdul Ghani pada sidang akhbarnya, berkata pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor pada jam 1.30 tengah hari di Istana Besar sebelum upacara pemakaman Jenazah Almarhum Sultan Iskandar.

Beliau turut mengumumkan hari ini cuti umum untuk seluruh negeri Johor dan semua majlis rasmi termasuk hiburan serta keramaian dibatalkan, manakala tempoh berkabung ialah selama tujuh hari dengan semua bendera negeri dikibarkan separuh tiang bermula jam 6 pagi hingga 6 petang.

Semua masjid dan surau dikehendaki mengadakan majlis tahlil selama tujuh hari selepas istiadat pemakaman jenazah."Tempoh berkabung bagi kerabat Diraja ialah 40 hari manakala rakyat biasa selama tujuh hari," katanya.

Peraturan berkabung bagi lelaki Melayu ialah bersongkok lilit putih dua inci manakala bagi bangsa lain ialah kain hitam lebar tiga inci di lengan kiri."Bagi upacara pemakaman, lelaki Melayu berbaju Melayu teluk belanga serba hitam dan lilitan kain putih di songkok hitam dan bagi lelaki bukan Melayu, sut hitam bertali leher dan kain hitam tiga inci di lengan kiri," katanya.Mudah-mudahan rohnya ditempatkan orang-orang yang beriman AL - FATIHAH

Friday, January 15, 2010

Sesi Penerangan KRT bersama Pengarah & Polis di Taman Cendana


































































Sesi penerangan dan taklimat KRT Di Taman Cendana telah diadakan pada Hari Isnin bersamaan dengan11/01/2010.
Didalam majlis tersebut Pengaran JPNIN Negeri Johor En Bahrin bin idris telah hadir manakala Bahagian keselamatan telah dihadiri oleh C/Ins Tuan Kamarul Hamizi Bin Zakaria dari Balai Polis Pasir Gudang.
Pengarah telah mengingatkan kepada semua Ahli KRT dan juga Pegawai agar menjaga hubungan baik demi untuk mengeratkan hubungan serta perpaduan dapat diteruskan tampa halangan dan rintangan.