Monday, February 8, 2010

Balai Polis Cemerlang



























































































07/02/2010 Jam 10.00 Pagi bertempat di Balai Polis Yong Peng Majlis Anugerah Balai polis Cemerlang telah berlangsung.
didalam katogari kawasn bandar Balai Polis Yong Peng telah terpilih manakala didalam katogari Kampung pula telah disandang oleh Balai polis Teluk sengat.
Ketua Pengarah JPNIN Negeri Johor En Bahrin Bin Idris dan En Rozaidi Bin Ikhwan Pen.Pegawai Perpaduan Kanak telah hadir didalam majlis tersebut.

Sunday, January 24, 2010

Rakyat Negeri Johor telah Kehilangan Sebutir Permata atas kemangkatan Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail sultan yang berjiwa rakyat




















JOHOR BAHRU 22/01/2010 Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77 tahun yang memerintah Johor hampir tiga dekad telah mangkat pada jam 7.15 malam selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri di sini kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di Pejabat Kerajaan Negeri, Bukit Timbalan, kira-kira jam 11.30 malam.

Baginda yang meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 putera dan puteri, akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, kira-kira jam 2 petang ini.Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada jam 11.30 pagi Jumaat, 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984, baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Terdahulu, di Istana Besar di sini, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad, mengumumkan pelantikan Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail sebagai Pemangku Raja.

Pelantikan itu dibuat mengikut Fasal 9(1)(b) dan 9(2) Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895.

Menteri Besar Dato Abdul Ghani pada sidang akhbarnya, berkata pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor pada jam 1.30 tengah hari di Istana Besar sebelum upacara pemakaman Jenazah Almarhum Sultan Iskandar.

Beliau turut mengumumkan hari ini cuti umum untuk seluruh negeri Johor dan semua majlis rasmi termasuk hiburan serta keramaian dibatalkan, manakala tempoh berkabung ialah selama tujuh hari dengan semua bendera negeri dikibarkan separuh tiang bermula jam 6 pagi hingga 6 petang.

Semua masjid dan surau dikehendaki mengadakan majlis tahlil selama tujuh hari selepas istiadat pemakaman jenazah."Tempoh berkabung bagi kerabat Diraja ialah 40 hari manakala rakyat biasa selama tujuh hari," katanya.

Peraturan berkabung bagi lelaki Melayu ialah bersongkok lilit putih dua inci manakala bagi bangsa lain ialah kain hitam lebar tiga inci di lengan kiri."Bagi upacara pemakaman, lelaki Melayu berbaju Melayu teluk belanga serba hitam dan lilitan kain putih di songkok hitam dan bagi lelaki bukan Melayu, sut hitam bertali leher dan kain hitam tiga inci di lengan kiri," katanya.Mudah-mudahan rohnya ditempatkan orang-orang yang beriman AL - FATIHAH

Friday, January 15, 2010

Sesi Penerangan KRT bersama Pengarah & Polis di Taman Cendana


































































Sesi penerangan dan taklimat KRT Di Taman Cendana telah diadakan pada Hari Isnin bersamaan dengan11/01/2010.
Didalam majlis tersebut Pengaran JPNIN Negeri Johor En Bahrin bin idris telah hadir manakala Bahagian keselamatan telah dihadiri oleh C/Ins Tuan Kamarul Hamizi Bin Zakaria dari Balai Polis Pasir Gudang.
Pengarah telah mengingatkan kepada semua Ahli KRT dan juga Pegawai agar menjaga hubungan baik demi untuk mengeratkan hubungan serta perpaduan dapat diteruskan tampa halangan dan rintangan.

Monday, December 21, 2009

Program 1 Malaysia bersama membenteras Dadah Peringkat Daerah Johor Bahru


























































































































Majlis Perasmian Penutup Program 1 Malaysia Bersama Membenteras Dadah Peringkat Daerah Johor Bahru telah disampurnakan Oleh Datuk Hj Halim Bin Hj Sulaiman Tim.Ketua Umno Bahagian Tebrau merangkap Adun Puteri Wangsa pada 20/12/2009 (Ahad) Jam 2.30 petang bertempat di Dewan Raya Felda Ulu Tebrau.
Turut hadir didalam program tersebut Pegawai Perpaduan Daerah Johor Bahru Cik Syahilawani Bt Noordin dan Pen.Peg Perpaduan Kanan Daerah Johor Bahru En Rozaidi Bin Ikhwan.
Program Anjuran KRT Felda Ulu Tebrau bersama Jabatan Perpaduan Daerah Johor Bahru ini merupakan program kesedaran berkenaan dengan Bahaya Najis Dadah kepada Generasi muda yang merupakan pelapis pemimpin untuk masa hadapan serta mewujudkan semangat benci pada najis dadah serta mengujudkan pentingnya gaya hidup sihat tampa dadah.

Sukaneka KRT Zon Bacang


































































Sukaneka Krt Zon Bacang Taman Kota Masai telah dirasmikan oleh Pem.Peg.Perpaduan Kanan En Rozaidi Bin Hj Ikhwan pada hari Ahad (13/12/2009).
Tujuan Sukan ini dianjurkan adalah untuk menjadikan masyarakat dapat beriadah bersama, serta bersikap saling bantu-membantu antara satu sama yang lain untuk memupuk semangat 1 malaysia.

Wednesday, November 25, 2009

Kursus Asas komputer guru-guru JPNIN Daerah Johor Bahru












































































































Kursus asas komputer bagi guru-guru Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi National Daerah Johor Bahru telah diadakan di Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia Jalan Tiang Dua Melaka dari 20 November sehingga 24 November 2009 dengan dibahagikan kepada 2 kumpulan.
Kumpulan pertama bermula dari hari Jumaat (20/11/2009) dan tamat pada Ahad (22/11/2009)
manakala kumpulan kedua bermula pada hari Ahad (22/11/2009) dan tamat pada hari selasa (24/11/2009)
Kursus ini diadakan adalah betujuan untuk memantapkan ilmu pengethuan tentang penggunaan kumputer kepada guru-guru JPNIN serta memberi peluang kepada semua Guru dan Penolong Guru untuk memahami dan mendalami penggunaan kumputer bagi mengujudkan semangat kerjasama dan interaksi yang erat antara semua guru dan kakitangan JPNIN Daerah Johor Bahru disamping mengalakan kepada Semua guru dan penolong guru untuk bertukar-tukar pendapat bagi mewujudkan suasana kerja yang lebih efisyen serta mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan bagi mencapai cita-cita sejajar dengan moto " GURU PEMBINA NEGARA BANGSA DAN MENCAPAI SEMANGAT WAWASAN 1 MALAYSIA "

Friday, November 6, 2009

Tabikarama & Mini konvokesyen tabika perpaduan Daerah Johor Bahru































































































07/11/2009 bertempat di Stadium Perbandaran Pasir Gudang telah diadakan Tabikarama dan Mini Konvokeyen Tadika Perpaduan Daerah Johor Bahru anjuran JPNIN Daerah Johor Bahru.
Acara yang bermula jam 7.00 pagi dengan pendaftaran Tabika dan ketibaan tetamu.
seramai 38 Tadika Perpaduan Daerah Johor Baharu telah mengambil bahagian didalam majlis tersebut yang telah dirasmikan oleh Y.B. MM Samy Adun Permas Jaya.